Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, December 1, 2012

JIWA SARAT!!

Kenangan silih berganti..Yang kadang kala merentap hati dan jiwa..Seakan ingin aku lari dari semua ini..Lari dari- semua orang yang aku kenali..Benar kata seorang sahabat suatu ketika dulu, katanya "suatu hari nanti kita semua ni akan ada kehidupan masing-masing..akan ada kehidupan sendiri.." Iya...nak sangkal apa lagi dengan kenyataan sahabatku itu..

Kalau lah aku punya kuasa boleh putarkan masa,aku akan putarkan ia ke zaman kanak-kanak ku.. Zaman yang terlalu indah untuk dikenang..Makin dikenang,makin kuingat, semakin laju air mata membasahi pipi.....Zaman kanak-kanak ku terlalu indah..Dikelilingi insan-insan yang menyayangi dan disayangi...Benar,masa akan terus berlalu...berlalu dan berlalu.. Apa yang tinggal hanyalah secebis kenangan dan pengajaran.. Aku terlalu rindukan kenangan itu..Iya, kenangan itu...Tapi macam mana aku nak kembali kepada semua tu... Semuanya mustahil, segala-galanya mustahil.....Hanya gambar menjadi peneman dan pengubat rindu di hati..
Setahu aku,takde siapa pun yang tahu betapa seksanya jiwa dan raga aku ketika ini.. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu..Hanya kepada Allah tempat ku mengadu..Hanya kepada-NYA aku serahkan segala-galanya...Hati perit merintih dengan segala macam dugaan yang aku hadapi dan lalui.. Sangat dan sungguh mematangkan jiwa dan fikiran.. Sungguh mengajar ku erti nilai kasih sayang dan pengorbanan. Erti menghargai dan dihargai..

Kadang-kala terlalu banyak persoalan yang beraja di hati dan fikiran.Hingga tidak mampu dijawab oleh masa yang ku lalui..Apakah kerana masa cemburu dengan aku atau aku yang tidak tahu menghargai masa yang melewati..?? Masa ketawa,gembira,suka seolah-olah tiada makna.. Semuanya akan pergi.. Duka,tangis,air mata,sedih,kecewa itu lah sebenarnya teman sejati.. Teman yang paling banyak mendidik,mengajar,menyedarkan kita betapa hidup ini terlalu indah untuk disesali..