Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, December 11, 2015

SweetTreats by Safaresha Candy Buffet

Promosi Candy Buffet

Assalamualaikum dan Salam Jumaat uols!!

OMG! OMG! OMG! Bersawang blog aku nih. Mana taknya, setahun ada la dua ke tiga kali je aku log in blog ni. Hakak busy tahap melampau. Memang tak cukup masa langsung. Ya Allah, risau sungguh bila terlalu sibuk ni. Mana tak risau, asyik nak kejar tugasan dunia je, tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya buat kejap-kejap je. Tak dan nak mengaji. Niat nak mengaji pas abis solat dok terfikir pulak ada lagi kerja yang tak settle.. Hmmm...

Macam biasa lah hakak nak promote bussines terbaru hakak. Selain dari menjual pakaian muslimah, hakak ada buat candy buffet. Namanya SweetTreats by Safaresha Candy Buffet. Haaaaa kepada hakak-hakak, abang-abang yang nak melangsungkan pertunangan ke, perkahwinan ke atau ada ibu and ayah yang nak celebrate birthday princess/prince kesayangan tuan puan, atau majlis perasmian opis/butik baru and macam-macam majlis lagi lah.. boleh lah hubungi saya. Harga pakej termurah du abad ini. Tak dapat kat tempat lain hakak habaq kat hang... Hehehehe.. Untuk next post hakak akan sertakan harga pakej yang telah hakak sediakan. Macam-macam free gift uols!!! Nantikannnnn... :)

Sunday, May 24, 2015

Kasi Promote Sikitttttt 😊

Hari ni hari Ahad, 24 Mei 2015. Lebih kurang seminggu je lagi kita dah nak masuk bulan Jun dalam tahun 2015. Pejam celik pesan celik, sekejap je dah masuk pertengahan tahun. Anak ku yang nombor 2 tu, dah nak masuk 8 bulan. OMG!! Fantasnya masa berlalu. Dan aku pulak makin hari makin sibuk dengan tugasan harian. Tugas kat opus dan juga tugs kat rumah. Tak cukup kaki dan tangan. Ini anak bari dua orang, cita-cita nak anak 6 orang. Perghhhhh... Kalau baru 2 orang ni, aku dah kurus lurus agaknya kalau 6 orang, tinggal apa ek?? 😆😆 And sebab tu juga la blog aku ni jarang-jarang dapat hapdate.

Actually banyak juga nak cite ni. Ok, cite 1st nak say thank u so much to my hubby sebab ri tu dia present kan I sebijik iPhone. Sayang Dady sangat-sangat 😘😘😘 Hihihi.. Saje-saje kot dia bagi present ni. Tapi mungkin juga sebab Samsung aku dah out of service.. 😆😆

2nd, aku start balik online bisnes aku yang aku stop kan dulu sebab aku preggy anak ke 2. Al maklum lah online bisnes aku yang kecil-kecilan memang aku yang handle sorang-sorang dari A-Z.. Aku la bos, aku lahhhhh kuli. Aku lahhhhh yang cari customer.. Aku lahhhhh yang g survey stok.. Aku lahhhhh yang g order stok.. Aku lahhhh yang g amik stok, bungkus stok, angkut stok.. Dan aku lahhhhh yang g pos opis untuk pos barang-barang customer. Tu la sebabnya aku stop jap masa preggy kan Ryna. Kalau tak, memang terberanak awal la jawabnya aku 😆😆. Okey, since aku dah buka topik online bisnes aku ni, aku ni sebenarnya memang suka berniaga. Cuma orang lain je yang tak tahu. Yang tahu aku sorang je la.. Hahahah.. Ada 2 benda yang aku nak. Aku nak. Aku nak. Dan aku nak. I want to be that somebody. I want. Apa yang aku nak tu, biarlah aku simpan dulu. Husband aku pun aku tak bagitau. Tapi tak sabar nak tanggu lagi 2-3 tahun. Tak sabar nak dapatkan modal untuk capai apa yang aku 'nak' tu. InsyaAllah semoga Allah memudahkan segala urusan aku ini dan menjadikannya satu kenyataan.

Okey, takmau cerita panjang-panjang.. Dulu online bisnes aku kat Instagram atas nama handbag_lozt tapi sekarang dah tukar ke SafaRyna Boutique. Facebook page pun atas Nama SafaRyna Boutique. Aku jual pakaian muslimah (jubah, blouse, dress, shawls) and yang pastinya handbag totap hado 😆. So guys boleh la follow Instagram aku tu and LIKE la Fb page aku tu. invite la kawan-kawan yang lain tanda sokongan anda. Hihihi.. Sokong la bisnes orang melayu kannnn daripada duduk membosarkan badan kat rumah tu..  Oppppsss 😆😆😆

Jangan lupa!!
Instagram & Facebook page 👉 SafaRyna Boutique

Friday, January 2, 2015

2nd day on 2015

2nd day on 2015..

Semalam busy kat rumah layan anak-anak.. kakak sibuk nak swimming. Last-last tak sempat tunggu petang, tengah hari dah aku bentangkan kolam swimming dia kat garaj. Kesian kakak... dah lama sangat tak swimming. Semalam memang lepas gian betul dia. Seronok sangat la dia.. kolam kecik je pun.. tapi takoe lah asalkan dapat juga dia berswimming.. hihihi

Disebabkan sibuk sangat semalam, sampaikan tak sempat nak wish HAPPY NEW YEAR GUYS!!! Harap- harap di tahun baru 2015 ni segala kebaikan yang akan menyusul di dalam kehidupan seharian ku & family. Semoga kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa mengiringi diriku, anak-anak ku dan keluarga ku. Tahun demi tahun adalah satu kehidupan yang semakin mencabar. Semoga diriku tabah dan diberi kekuatan untuk ku lalui kehidupan ini. Semoga Allah SWT sentiasa bersama ku. Semoga aku terus diberi petunjuk dan hidayah agar aku terus beribadah kepada MU.. Amin..

Actually, on 2nd day 2015 ni aku dah start keje pun.. nak taknak kene la keje.. hihihi.. kalau tak, nak makan apa..

Takde benda menarik pun nak share. Aku tengah breakfast sambil menaip. Keje pun dah melambak menanti.. malas?? Tak payah cakap la....... oi!!! Baru 2nd day 2015 dah crite pasal malas.. ishhhhh tak leh jadik ni. Semangat jaja!! Semangat!!!