Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, October 27, 2011

Menitik Air Mata Aku

hari jumaat minggu lepas,my hubby hantar aku balik seremban sebab aku dah pun mula cuti untuk bersalin..due aku kalau ikut doktor pakar hukm 6/nov. so aku apply cuti 2 minggu awal dari due date..
and hari ahad lepas juga la my hubby kene balik kl disebabkan tugasan harian. sayu hati bila hantar my hubby ke kereta n tengok dia balik sorang-sorang. sebelum ni tak pernah berjauhan macam ni.. so terasa lain sangat-sangat. masa hantar dia tu, rasa nak nangis je tapi aku tahankan juga. sebak dalam dada ni tuhan je yang tahu..
esoknya pagi-pagi lagi aku dah bangun, mak aku ajak g chek-up kat kkia senawang. so aku pun pegi la dengan my mom..sepanjang ari isnin tu takde apa-apa pun n semuanya macam biasa je.
tp hari selasa,perut aku meragam..asyik mengeras je.. start dari pukul 8 malam smpi kol 12 tgh malam..tido aku tak lena..kol 3 pagi baru aku dapat tido. esoknya aku amati pergerakan baby,normal..tapi petang tu hati rasa sayu sangat-sangat. tetiba teringat my hubby..aku dapat rasakan betapa susahnya bila hubby takde kat sisi lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ni... akhirnya aku menangis.. tersedu-sedan aku menangis sorang-sorang.. hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku masa tu.. sambil aku bercakap-cakap dengan anak aku yang masih dalam kandungan aku ni, aku cuba pujuk hati supaya bersabar.. memula ingatkan takmau crite kat hubby tapi tak leh tahan sebab ngam-ngam time tengah nangis dia call.. dah tak tertahan suara ni menahan sedu.. so terbocor la rahsia.. pas tu hubby sms bagi kata-kata semangat... bagi aku sume tu tak cukup. aku nak dia ada di sisi aku, temankan aku.. :( tapi nak buat macam mana,demi tugas semuanya terpaksa diteruskan..
ari rabu malam baby gerak terlalu kuat sampai buat aku risau.. aku tak boleh tido langsung.. disebabkan aku terlalu risau.. lagi sekali aku menangis.. dah la semuanya aku kene hadapi n lalui sorang-sorang.. aku rasa lemah sangat.. tapi bila aku fikirkan hubby n baby, aku kuatkan semangat aku.. akhirnya aku tertido jam 3 pagi.
terlalu banyak dugaan untuk ku ketika waktu mengandung ni.. aku berdoa agar tuhan percepat dan permudahkan urusan untuk ku melahirkan anak ku ini nanti. dan semoga allah selamat anakku dan diriku.. semoga kami dilindungi oleh allah s.w.t.. amin..

Saturday, September 10, 2011

Surah Maryam

Hi! Now I'm 30 weeks ;)



Teruja, gembira, seronok, tak sabar, bersyukur ke hadrat Illahi.. Semua perasaan ini bersatu dalam hati dan jiwa ini. Alhamdulillah, hari ini genap 32 minggu aku pregnant. Hanya tinggal 59 hari je lagi untuk aku bergelar seorang ibu kepada anak yang ku kandung ini. Harap-harap proses kelahiran cahaya mata ku ini berjalan dengan mudah, sempurna dan lancar. Moga-moga semuanya selamat di dalam lindungan dan peliharaan Allah S.W.T. Amin...

Masa 7 bulan hari tu, scan dan doktor beritahu, my baby adalah baby girl. Aku tak kisah pun baby girl atau boy janji baby sihat dan sempurna. Dan masa scan 3D ni, sehari sebelum raya puasa hari tu.. Hehehe.. Buat di klinik Seremban and yang paling best Free Of Charge (FOC). Memang rezeki aku and baby. Kebetulan doktor nak test 4D scan machine yang baru sampai kat klinik dia.. Alhamdulillah.. Rezeki, rezeki..

Dan ini lah dia gambaran my baby masa dalam kandungan ku. Ada video juga.. Boleh tengok baby gerak-gerak.. Part yang paling best time my baby masukkan jari-jarinya yang halus tu ke dalam mulut dia.. Ermmmm, so cute... :)

Rasa semakin tak sabar nak tengok my baby. Walaupun nervous tapi rasa tak sabar lebih lagi. Maklumlah first baby.. Due date 8hb Nov.. Tak lama je lagi.. Tinggal sebulan lebih je. Barang-barang baby semua dah get ready. Cuma barang-barang aku je belum ready lagi..

Harap-harap semua akan mendoakan kesejahteraan aku dan anakku. Moga dipermudahkan proses kelahiran anakku dan semoga aku dan anakku selamat. Amin....

Sunday, June 12, 2011

Dugaan Demi Dugaan...

Arrrrrrrrrggggggghhhhh...!!!!!!!! Sememangnya semasa pregnant ni, kita akan di duga dengan macam-macam dugaan. Termasuk la aku..!!! :( Demi untuk baby yang disayangi dalam perut ni, aku hadapinya dengan kesabaran dan ketabahan. Berdoa banyak-banyak pada Allah S.W.T agar aku dan baby diberi kesihatan yang baik.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas kepala aku sakit yang teramat sangat. Tak pernah sakit kepala sampai macam tu sekali. Sakitnya berdenyut-denyut satu kepala ni, sampaikan aku rasa macam nak tarik-tarik rambut ni.. Fuhhhhh, memang tak tertahan dan tak boleh tidur malam. Start sakit lepas aku solat Isyak, aku ingatkan sakit biasa je so tak amik kisah sangat. Tapi bila dah get ready nak tidur dalam pukul 11.00 macam tu, sakitnya makin menjadi-jadi... Tak boleh baring, asal baring je sakitnya makin menjadi-jadi. So aku pun bersandar je. Lepas 3 jam, aku sesak nafas. Nak bernafas tarik pendek-pendek je. So tak selesa la.. Aku dah mula risau. Rasa macam nak ajak hubby g hospital malam tu juga. Sebab aku memang risaukan baby je, aku tak risaukan tentang diri aku yang tengah sakit ni.. Uwaaaaa... :'( rasa macam nak menangis je... Last-last aku bertahan juga hingga ke pagi, tidur pun dapat dua jam je.. Itupun di curi dek lelap kejap. Bangun je pagi aku terus bersiap pergi ke hospital (HUKM). Pergi sorang-sorang, hubby tak dapat temankan sebab kerja. Sedih juga sebenarnya tapi nak buat macam mana. Bukan dalam semua hal dia boleh temankan aku. Kalau dia ada masa memang dia akan temankan aku. So berbalik cerita di hospital, nurse suruh aku pergi ke Bahagian Kecemasan Bersalin. Kat sana, nurse check oksigen, jantung, darah dan urine. Lepas tu check doktor, doktor cakap takde apa-apa masalah. Semuanya okey, normal.. Check perut pun, doktor cakap okey. Aku sendiri pun tak tahu apa yang okey. Dia just pegang-pegang je perut aku, pas tu dia cakap okey! Wahhh, terer betul ko ye..! Aku pun malas nak banyak tanya sebab bila tanya pun jawapan doktor tetap sama, semuanya okey dan normal! Apa pun aku bersyukur sebab takde apa-apa yang berlaku pada aku dan baby..

Lepas tu nak dijadikan cerita, minggu ni pulak aku sakit gigi..!!!!! Aduhai, kenapa la lepas satu, satu yang datang ni. Gigi aku sakit yang teramat sangat. Berdenyut-denyut. Kalau sesiapa pernah alami sakit gigi ni mesti tahu macam mana keadaannya. Bila aku tengok cermin, gusi aku dah bengkak. Memang tak boleh tahan, pergi klinik kerajaan. Doktor check and ouchhhh, gusi aku dah bernanah teruk...!!!!!! Ya Allah, tabahkan lah hati aku ni. Doktor tak dapat buat apa-apa. Nak cuci gigi pun dia takut sebab gusi terlampau bengkak dan takut aku sakit. Doktor memang tak boleh buat time tu and suruh datang balik. What..!!! Suruh datang balik maknanya next week. Hari ni hari Jumaat, bermakna kene tanggung sakit lagi dua hari. Argghhhhhh!!!! tensionnya..!!!!! Memang la doktor bagi aku ubat antibiotik dan paracetamol.. Tapi ubat-ubat tu aku bukan boleh makan sangat pun time-time preggy ni.. So aku pun balik lepas dapat mc sehari. Kat rumah memang tak boleh buat kerja langsung. Gusi makin bengkak. Pipi pun dah bengkak. Aku tekan-tekan gusi biar nanah keluar tapi keluar pun sikit je.. Kerja aku terbaring sambil mengerang. Ya Allah, memang ini la yang paling sakit. Sakit gigi yang belum pernah aku alami sampai macam ni sekali. Last-last, esoknya hubby ajak aku pergi klinik swasta. Dia cakap tak payah tunggu untuk pergi klinik kerajaan tu. So aku and hubby pun pergi. Sama la macam yang doktor kat klinik kerajaan tu cakap, gusi aku dah bernanah teruk. Gusi aku memang rosak teruk dah. And nasib baik doktor tu nak cuci time tu juga. Mungkin bengkak dah surut sikit.. After cuci, doktor nasihatkan aku kena makan antibiotik sebab ubat tu akan menghapuskan bakteria dan kuman yang ada dalam nanah dan sekaligus akan kurangkan nanah. Kalau tak makan nanti akan effect pada baby. Doktor bagi aku antibiotik amoxycillin 250 mg. Aku pun risau juga nak makan sebenarnya tapi lepas aku cari info dalam internet, antibiotik tu selamat dimakan oleh ibu-ibu mengandung. So aku pun makan la, setakat ni baru 2 biji je.. Still tak berani makan banyak walaupun kajian mengatakan ubat tu selamat. Hari ni, sakit dan denyut pada gusi dah kurang. Tapi nanah still ada lagi sikit. Susah sangatnak keluar. Dah puas aku tekan-tekan gusi ni tapi tetap juga macam tu.. Arggghhhh, tension betul la.. Kalau dulu sakit gusi ni 2 hari je lepas tu elok tapi ini dah 4 hari.. Ya Allah, kasihani la hamba-Mu ini Ya Allah, kasihani la anak ku ini. Perut aku lapar tapi aku tak boleh makan yang sedap-sedap untuk baby. Syian baby aku...

Aku harap lepas ni semuanya akan berjalan lancar, takde sakit-sakit lagi. Aku cuma nak tunggu sakit untuk bersalin je. Dan aku harap semoga Allah permudahkan aku melahirkan baby ku ini. Aku bermohon pada-Mu Ya Allah, Kau permudahkan la segala-galanya. Amin....

Sunday, May 22, 2011

11 Weeks 5 Days


Salam & hai semua,

Baru kejap tadi aku post gambar scan time aku preggy 5 weeks+. Dan sekarang, gambar kat atas adalah gambar scan time aku preggy 11 minggu 5 hari. Maksudnya, baru nak masuk 3 bulan.. Excited sangat, so aku pun pergi la scan dengan hubby kat satu klinik swasta ni. Tapi machine scan kat klinik comel sangat, so gambar tak clear sangat.

Masa scan, sememangnya aku kagum dengan ciptaan Allah. Aku boleh nampak baby gerak-gerak walaupun masa tu aku belum boleh rasa pergerakkannya lagi. Boleh nampak denyutan jantung baby, masa ni kaki dan tangan baby pun dah boleh nampak. Tapi part yang paling teruja sekali tu bila boleh tengok baby gerak-gerak dalam rahim aku.. Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan-Mu ini. Aku pasti, setiap insan yang sudah berkahwin, ini lah saat-saat yang dinantikan. Mendapat zuriat. Aku sangat-sangat bersyukur walaupun aku lambat mengandung jika nak dibandingkan dengan makcik-makcik dan kakak sepupu aku yang lebih dulu kahwin. Sebab boleh dikatakan semuanya bunting pelamin. Cuma bila tiba masa aku, aku agak lambat.. Lebih kurang 6 bulan.. Tapi bila aku check up dan keputusannya positif, rasa happy sangat-sangat.. Bersyukur sangat-sangat.

Masa scan kali ni, doktor cakap semuanya normal. Baby membesar dalam keadaan baik. Memula doktor cakap scan masa 11 minggu ni terlalu awal. Doktor cakap kalau tunggu lagi 2 bulan, dah boleh nampak samada baby boy atau baby girl. Tapi aku berkeras aku nak scan juga. Hehehe... So doktor pun scan la. And doktor cakap lepas 2 bulan nanti boleh scan lagi sekali. Boleh tengok baby boy atau girl. Sekarang, aku dah masuk 16 minggu, maknya kene tunggu lagi sebulan (20 minggu) untuk scan dan tengok baby boy atau girl. Aku plan bila kandungan dah masuk 7 bulan aku nak scan 3 D. Tapi tengok dulu, bergantung dengan budget. Hehehe..

Lepas ni lagi banyak preparation yang perlu dilakukan. Persediaan demi persediaan. Persediaan untuk aku dan juga baby ku yang bakal lahir ini. Walaupun due date aku awal november nanti, sebenarnya tanpa kita sedari masa berlalu begitu cepat. Tahu-tahu dah sampai masanya. Aku berdoa dan berharap semoga semuanya di dalam lindungan dan peliharaan Allah S.W.T. Semoga anak yang bakal lahir ini sihat dan sempurna. InsyaAllah..

5 Weeks 4 Days




Salam semua,

Dah lama tak update blog nih.. Nak kata busy sangat, tak la juga.. Cuma masa tak mengizinkan. Kehidupan seharian ku, berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, aku masih bernafas di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Bersama insan-insan yang aku sayang dan juga bersama baby dalam kandungan ku ini.. Pejam celik, pejam celik dah masuk 16 minggu (4 bulan) kandungan ku. Alhamdulillah. Sekali sekala aku sudah dapat rasa gerakan lembut baby dalam perut ni. Tapi belum kuat sangat lagi.. Emmm, indahnya ciptaan Allah.

Gambar di atas gambar scan masa aku baru-baru disahkan pregnant. Gambar tu waktu aku baru preggy 5 minggu 4 hari. Scan di Hospital Pusrawi. Masa ni doktor cakap semuanya okey, fetus berada di dalam rahim. Alhamdulillah.. Baru sekarang dapat upload kat blog ni. Ini pun aku ambil gambar guna handphone. Dari sehari ke sehari nak scan tapi takde masa. Kat ofis pun sibuk je lately ni.. So ini lah gambar sewaktu aku preggy 5 minggu lebih.. Still belum nampak apa-apa lagi. Doktor cakap normal sebab masih baru. Just nampak kantungnya je.. Cute kan...? Hehehe..

Next post aku akan post gambar scan masa aku dah pregnant 11 minggu lebih. So, aku akan cerita untuk next post ok..




Wednesday, April 13, 2011

No more muntah-muntah.. ;)

Tak silap aku, last week hari Ahad 10hb April adalah hari terakhir aku muntah. Dan sampai ke hari ini, aku takde muntah-muntah pun. Cuma rasa loya dan mual je masih ada. Dan alah pada bau-bauan. Fuhhhh, alhamdulillah. Mungkin alahan muntah-muntah telah berakhir. Lagipun kandungan ku akan mencecah minggu ke-11. Dah nak masuk 3 bulan. Pada artikel-artikel yang aku baca mengenai kehamilan, saat ini ibu-ibu yang mengandung akan rasa lebih selesa. Tiada lagi muntah-muntah dan selera makan juga akan bertambah baik. Begitulah yang aku alami sekarang ni, muntah-muntah dah takde. Cuma rasa mual dan loya je. Selera makan pun dah bertambah okey. Cuma kalau asyik makan benda yang sama je memang muak. Hmmm, tak tahu nak makan apa hari ni. Puas dok fikir-fikir..

Setiap hari aku berdoa, semoga segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar. Semoga tuhan melindungi dan pelihara semuanya. Perut belum la besar sangat lagi. Baru nak masuk 3 bulan kan.. Tak sabar juga rasanya nak tunggu perut ni membesar dan terus membesar.. Hehehe.. Scan pun belum lagi. Aku nak tunggu masuk 4 bulan baru scan. Hubby aku pun cakap macam tu. Hopefully, baby sihat dan sempurna sepenuhnya. Mumy sayang baby...

Monday, April 4, 2011

HB ku rendah..!!

Uwaaaaa.... Hari ni pergi check-up di KKIA Taman Seri Sentosa. Sampai-sampai je terus timbang, berat okey naik dari 49kg ke 50.5 kg. Lepas tu check BP pulak, result pun okey. Lepas tu check HB, huhuhu... HB ku turun dari 13.5 ke 10.8. Aduhhh, doktor tanya macam mana HB boleh turun nih. Mana la saya tahu Puan Doktor.. Emmmhh, selera makan takde, asal makan je loya dan muntah. Puas ku sumbat-sumbat ke dalam mulut ni, supaya makan, makan dan makan tapi tak boleh jugak.

Doktor cakap normal HB 11.5 ke atas. Tiga minggu dari hari ni, kene datang check-up lagi. Sepatutnya sebulan sekali je tapi disebabkan HB rendah kene datang balik hujung bulan ni. Dan pastikan HB dah naik..!! Huhuhu.... apa yang aku nak telan. Sah-sah kerang aku tak makan sejak azali lagi. Kenalah aku makan hati berulam jantung je.. Heheheh.. Kena makan hati ayam daaa.. Hati lembu, limpa, paru lagi lah tak boleh telan. Kene banyak makan bayam, kangkung, tempe, kurma dan makanan-makanan yang tinggi zat besi.

Hopefully, tiga minggu akan datang semuanya akan normal. Taknak HB rendah lagi, taknak ada kencing manis dan taknak ada darah tinggi. Aku nak semuanya normal dan okey. Semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Amin..

Saturday, March 19, 2011

Mual, Loya, Muntah

Esok genap 7 minggu kandungan ku ini. Minggu depan dah masuk dua bulan. Alhamdulillah.. Aku harap semuanya akan selamat dan berjalan dengan lancar hendaknya. Semoga Allah lindungi dan pelihara kandungan ku ini.

Memang benar kata orang, waktu awal-awal mengandung, kita akan alami alahan. Termasuk lah aku. Memang tak tahan betul rasanya. Tapi demi anak dalam kandungan ku ini, aku kuatkan semangat. Bab makan, memang takde selera langsung. Asal masuk je makanan ke dalam perut ni, tak sampai setengah jam keluar la balik (muntah). Tekak memang loya dan mual semacam. Lidah rasa tak best. Makanan yang aku rasakan sedap tapi bila jamah, langsung takde selera. Nak makan benda masam-masam itu memang jadi kemestian. Buah mangga, limau, asam-asam jadi peneman mulut. Asal rasa loya je, cepat-cepat la telan makanan masam-masam ni. Kalau tak, alamatnya keluar la semua makanan. Tapi demi anak ku ini, aku paksakan juga diri ini untuk makan. Walau tak banyak, aku makan sedikit tetapi kerap. Cereal, roti, biskut dan buah-buah memang sentiasa ada. Sebab selera untuk makan nasi berlauk memang kurang.

Nasib baik suami memahami keadaan aku sekarang ini. Dia banyak membantu aku buat kerja-kerja rumah dan kadang-kadang memasak. Kesian juga tengok dia sebab balik dari kerja je dah kena buat itu ini. Tapi nak buat macam mana, aku pun bekerja. asal balik dari kerja je badan memang lembik. Asyik nak baring dan tidur je. Mata tak payah cakap la, asyik nak lelap je. Terima kasih ye Encik Suami.. ;)

Trimester 1 akan berlalu beberapa bulan je lagi. Harap-harap semuanya akan okey hingga tiba saat aku lahirkan anak ku ini. Aku berdoa sepanjang masa agar anak ku ini sihat dan sempurna. Amin..

Sunday, March 13, 2011

Antara Doa Ketika Mengandung

"Ya Allah, peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar Mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk.

Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat).

Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik, berakal, berilmu serta beramal soleh.

Ya Allah, elokkan akhlak, fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W."


Amin..

Anugerah Allah


Dapat berita ni seminggu yang lalu. Tapi baru hari ini nak post. Hehehe.. Berita apa?? Ianya berita baik dan aku sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini buat aku dan suami. Sesungguhnya ini la saat-saat yang kami tunggu. Pada mulanya hari Jumaat 4hb Mac 2011, aku test sendiri dulu. Macam biasa buat UPT dan aku tengok keputusannya positif. Masa tu aku antara percaya dan tidak. Pejam buka, pejam buka mata banyak kali.. Akhirnya aku senyum sendiri dan ungkapan Alhamdulillah meluncur dari bibir ku. Terus sahaja aku sampaikan berita ini kepada suami. Dia pun gembira dengan pengkhabaran ini.

Keesokkan harinya, untuk memastikan lagi keputusan ini aku dan suami ke klinik. Sama juga step nya, buat UPT dan doktor kata positif. Sudah 5 minggu. Alhamdulillah... sudah 5 minggu anak ini ada di dalam kandungan ku.

Minggu lepas aku sudah mula pergi check up dan buka buku untuk ibu mengandung. Aku tak mengalami alahan yang teruk. Rasa loya dan mual tu ada tapi semuanya masih boleh dikawal lagi. Cuma aku alami sakit perut yang kadang-kadang datang dan hilang. Untuk menghilangkan kerisauan aku ke Hospital Pusrawi dan berjumpa dengan doktor pakar. Sewaktu check up, doktor scan perut aku. Ahhhh, sudah kelihatan kantung anak ku di dalam rahim ku ini. Doktor nyatakan perkara yang sama, sudah 5 minggu 4 hari. Sungguh indah ciptaan Allah. Dan doktor kata, semuanya baik-baik belaka, tiada apa yang perlu dirisaukan. Alhamdullilah, semoga Allah melindungi anak di dalam kandungan ku ini sehingga tiba saat aku melahirkannya.

Hari ini genap 6 minggu. Untuk check up yang seterusnya pada 4hb April 2011. Tunggu perkembangan baby ku ini ye. Aku akan story semuanya di sini. Aku berdoa kepada Allah, semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Amin..

Monday, February 28, 2011

SEMOGA ALLAH S.W.T SENTIASA BERSAMA KU DI WAKTU AKU SUSAH DAN SENANG. SESUNGGUHNYA HANYA KEPADA-MU TEMPAT AKU MENGADU DI KALA AKU SUKA DAN DUKA. DAN JUGA SEMOGA ALLAH BERIKAN SEGALA APA JUA YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU DAN SUAMI KU. SESUNGGUHNYA AKU AMAT MEMERLUKAN KERAHMATAN DAN KEBERKATAN DARIPADA-MU YA ALLAH YA TUHAN KU. AMIN..

what u give, u get back

Manusia memang sentiasa melakukan kesilapan. Tiada manusia yang sempurna dijadikan oleh Allah S.W.T di atas muka buminya ini. Tetapi sedarlah kamu wahai manusia, mengakui kesilapan yang telah engkau lakukan itu adalah sebaik-baik dan semulia-mulia perkara. Aku paling tak suka dengan sikap manusia yang terlalu mudah lupakan kebaikan atau pertolongan yang telah orang lain lakukan untuknya. Itu adalah salah satu kesilapan manusia yang paling aku tidak suka. Hinggakan aku rasa menyesal kerana telah membantu orang yang bersikap sedemikian. Lebih-lebih lagi jika orang itu mempunyai hubungan yang rapat dengan kita. Could not say anything, maybe dia adalah spesis manusia yang jenis tidak tahu untuk menghargai pertolongan orang lain terhadapnya. Pertolongan seseorang yang mungkin tidak sebesar mana tetapi masih mampu untuk memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalahnya diketika itu, jadi tolong buka mata, hati dan minda walau pada hakikatnya engkau adalah seorang yang sangat bebal! Dengan menghargai pertolongan si dia ini tadi dengan sekadar meingatinya! CUKUP! Aku tak memerlukan walau sebesar zarah sebarang apa jua pembalasan. Mungkin engkau belum berada di tempat aku untukmerasai apa yang aku rasakan. Aku pasti suatu hari nanti, kau akan rasainya jua. dan ketika itulah, baru kau akan sedar setinggi mana langit yang kau dongak setiap hari itu yang sebenar-benarnya. Kau masih belum melalui lagi fasa kehidupan yang dinamakan benar-benar kehidupan. Jangan hingga tiada sesiapa pun sudi menghulurkan bantuan mahupun tangan di saat kau susah suatu hari nanti. Jangan kau terlalu membezakan aku dengan orang lain. Walau pada hakikatnya kau masih TAK sempurna di mata aku ini. Dan kau takkan sempurna sampai bila-bila jika kau terus dengan sikap keji kau ini. Ingat, jangan kau ketepikan orang yang pernah membantu kau di waktu kau susah. Walaupun kau fikir kau masih ada ramai lagi orang lain yang boleh membantu kau tapi adakah kau cukup pasti mereka-mereka itu sudi untuk menolong kau nanti? Fikirkan dan renungkan lah.

Sunday, February 27, 2011

'dunno what to do'

hari ini adalah hari yang seterusnya 'hari yang membosankan' sampaikan aku bawa diri ke umah ayah aku even kalau ikutkan takde sesapa pun kat rumah tu. aku blah bila hubby aku dah gerak pergi keje. kalau lah hubby aku boleh dapat cuti sabtu dan ahad sama macam aku, kan best. dapat luangkan masa sama-sama. tapi hubby dapat cuti hari sabtu every week permanently. tapi kira okey juga jika nak dibandingkan sebelum ni dia cuti time aku bekerja (weekdays). so bila aku rasa aku macam dah terlalu sangap tadi aku terus sms hubby aku, aku cakap aku nak keluar.. bosan duduk rumah. on the way ke rumah ayah, kepala fikir macam-macam. samapi rumah ayah, makan and tertido kejap. rasa macam ada orang kejutkan, automatik aku terus on laptop online fb terus reply comment member-member. sebelum ke sini aku sms bff aku, ingat nak lepak umah dia or ajak dia keluar tapi dia dah ada hal. but it's okey. dalam pada aku tengah online aku akan terfikir apa yang aku lakukan dalam waktu ini semalam? yup, semalam waktu macam ni aku tengah bersiap untuk pergi ke engagement nite cousin aku. ini lah aku. ini lah kebiasaan yang akan aku lakukan. mengingati dan teringat apa yang berlaku semalam, kelmarin dah hari-hari yang telah lepas. bukan tak bagus sekadar mengingati tapi ianya akan memberi kesan yang hebat pada diri aku sebenarnya. aku terlalu suka ingatkan perkara yang telah lepas, perkara yang telah berlalu lebih-lebih lagi perkara yang tinggalkan kenangan manis. iye! sesiapa pun akan ingat kenangan yang manis tapi kenangan manis itu adalah kenangan pahit untuk diingati. kenangan yang paling sakit untuk diingati. macam hari ini, jika ada sesuatu yang bagus berlaku semalam aku akan ingatkannya hinggakan aku tidak tahu apa yang aku nak lakukan pada hari ini. kadang-kadang sampaikan satu kerja pun tak selesai tak tak mampu aku buat. terukkan..?? tu la sebabnya aku bawa diri ke rumah ayah aku hari ini. hubby balik malam nanti. petang-petang sikit baru aku balik ke rumah aku. apa sebenarnya fasa yang aku alami kini, aku sendiri pun tak tahu.

Monday, February 14, 2011

dalam ini


Perjalanan hidup ini umpama sebuah roda yang berputar. Kadang-kala di atas dan kadang-kala di bawah. Kadang-kala laju dan kadang-kala perlahan. Namun yang pastinya ianya akan terus berputar tanpa kita tahu bila ianya akan berhenti. Udara yang menyulam ke dalam jantung ku terus memberi peluang untuk ku meneruskan langkah di atas muka bumi ini. Sesekali mata melayangkan pandangan yang begitu jauh ke sudut hati, mencari-cari isi jiwa yang kian kontang. Fikiran menyelami perasaan yang kian kusut.

Terasa seperti aku rindukan sesuatu tetapi apakah yang aku rindui itu? Terasa seperti aku menyayangi sesuatu tetapi apakah yang aku sayangi itu? Dada berombak menahan getir perit tatkala air laut menghempas batuan di tepi pantai. Desir angin yang berlalu seolah-olah sedang mentertawakan kekeliruan hati ku ini. Hanya kicau burung pendendang setia memujuk-mujuk air mata supaya jangan mengalir lagi. Secubit kenangan yang melintas di ruang fikiran, terus menyentap hati kecil ini. Bibir mengukir senyuman duka. Terlalu banyak ranjau hidup yang terpaksa ditempuhi. Duri di jalanan menjadi teman sepermainan. Suara terus membisu namun hati terus berkata-kata. Yang hanya tuhan sahaja mengetahui isi di dalamnya. Bara restu dari Yang Maha Esa amatlah ku perlukan. Lontarkanlah aku ke dalam keredhaan-Mu. Agar aku kenal akan satu kepastian.

Saturday, February 12, 2011

15 Tahun Yang Lalu


Hari ini genap usia ku 29 tahun 8 bulan. Sama seperti post aku sebelum ini, aku selalu katakan masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Pejam celik pejam celik sudah pun tahun 2011. Sedangkan aku masih dapat rasakan waktu aku berlari-lari mengejar anak-anak ayam, menarik lembu masuk ke kandang, bermain-main di tepian parit atau sungai di kampung, memanjat pokok dan macam-macam lagi sewaktu dikampung arwah atuk aku. Semuanya masih segar dalam ingatan. Tetapi hari ini, keadaan sudah berubah. Aku berdiri dengan kedua kaki ku sendiri berjalan ke sana ke sini dalam suasana yang cukup berbeza. Ahhhh, sewaktu aku belajar mengeja ABC tidak pernah langsung kepala ini akan terfikir apa sebenarnya yang menanti ku 15 tahun akan datang..?? Tidak sekali pun aku terfikir bagaimana kehidupan ku nanti..?? Segala-galanya aku lalui dengan penuh kegembiraan di samping insan-insan yang aku cintai dan sayangi.

Sewaktu aku tinggal di kampung, tidak pernah terlintas di hati ku untuk berpindah untuk tinggal di kesesakan kota. Namun, atas ajakan dan pujukan orang tua akhirnya aku akur. Sehinggalah ke hari ini, ke saat ini aku masih lagi di sini. Kadang kala rasa rindu dengan suasana kampung menyapa hati. Tetapi untuk ku menetap di sana kembali adalah mustahil. Kerana tiada sesiapa pun di sana lagi. Yang ada hanyala sebuah rumah yang tidak berpenghuni. Aku rindu dengan rumah itu. Rumah itu terlalu banyak kenangannya pada ku. Kenangan sewaktu aku kecil-kecil dulu.

Zaman percintaan yang aku alami juga, sewaktu aku berada di kota ini. Menjalin hubungan dengan seorang insan yang kini telah bergelar suami kepada ku. Dulu aku selalu berangan-angan kalau bercinta aku suka bercinta ala-ala kampung.. Hmmm, kelakar kan.. Sebenarnya aku sukakan kesederhanaan. Percintaan ala-ala kampung ni sebenarnya seronok. Tidak bebas seperti di kota. Dibuai angin kampung yang bertiup. Bersua dan bertemu di tepi pantai atau sambil menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Didendangkan dengan kicauan burung-burung yang berterbangan. Pohon-pohon yang turut menyanyikan lagu pabila di tiup angin. Alunan ombak yang menghempas pantai. Berjalan di atas batas sawah padi. Dapat aku bayangkan sepasang insan yang sedang asyik menyulam kasih di tempat-tempat begitu. Berjumpa pun malu-malu. Pakai pakaian yang sopan macam berbaju kurung dan berselendang. Sangat-sangat manis gadis seperti itu. Temannya pula.... hmmm, tak dapat ku bayangkan siapa dia.

Kini segala-galanya tidak mungkin dapat berlaku seperti yang aku angankan. Semuanya sudah berlalu. Sudah terlalu jauh berlalu. Aku bersyukur dengan apa yang telah aku lalui dan dengan apa yang aku perolehi pada hari ini. Aku berdoa semoga hari-hari yang akan aku lalui agar bertambah baik dan diredhai oleh-Nya. Semua kenangan manis dan memori terbaik yang pernah aku miliki adalah satu perkara yang cukup pahit untuk diingati. Sedangkan kenangan pahit adalah satu perkara yang cukup baik diingati untuk dijadikan pengajaran. Untuk aku putarkan masa kembali kepada suatu ketika dahulu adalah sesuatu yang mustahil. Aku sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kepada ku pada minit-minit yang akan datang. Apakah aku akan terus menikmati pemandangan di dunia ini? Apakah aku akan terus menghirup udara di bumi ini? Segala-galanya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Marang, Terengganu Darul Iman


Minggu lepas time macam ni, aku tengah sibuk berenang-renang di pantai Terengganu bersama-sama dengan sanak saudara yang lain-lain. Tapi hari ini, aku di dalam bilik di rumah sambil surf internet. Masa terlalu cepat berlalu. Sangat-sangat cepat. Tanpa kita sedari, tanpa perlu kita hitung saat-saat yang pergi meninggalkan kita. Hanya dengan sekelip mata hari terus berlalu hari demi hari.

Aku akan post salah satu gambar sewaktu aku bercuti di Terengganu minggu lepas. Gambar beramai-ramai bersama ahli keluarga ku yang lain-lain. Gambar ada banyak tapi aku pilih yang ini sebagai tatapan dan kenangan semua.

And I'm really miss this time..

Wednesday, February 2, 2011

Hari Pertama - Terengganu - 2hb Feb 2011

Alhamdulillah, jam 6.30 petang tadi aku selamat tiba di Marang, Terengganu. Fuhhh, perjalanan yang jauh. Sakit pinggang juga duduk lama-lama dalam kereta. Bertolak dari Seremban jam 10.00 pagi tadi. Lebih kurang 8 jam perjalanan. Sampai saja di Marang, terus pergi pantai. Ombak sangat-sangat kuat waktu sekarang ni. Sebab musim hujan sekarang ni. So bot untuk ke Pulau Kapas pun takde. So kitaorang takde kesempatan untuk pergi ke Pulau Kapas. So malam ni maybe agak penat sikit. Yelah, mengadap perjalanan yang jauh tadi so letih la sikit.

Esok tak tahu lagi apa planning. Nak pergi mana pun tak sure lagi. My hubby nak pergi memancing. Laut ombak tengah kuat so nak pergi memancing agak bahaya. Tak tahu la apa plan dia nanti.

Aku tak tahu lagi stay kat sini berapa lama. Maybe 3 malam, maybe 4 malam. Bergantung kepada keadaan. Sebab kalau lelama pun kat sini tapi aktiviti tak banyak pun bosan jugak. So kita tunggu saja esok apa cerita seterusnya.

Tuesday, February 1, 2011

23:50

Jam dah pun pukul 23:50 malam. Mata still tak mengantuk lagi. But esok kena bangun awal pagi sebab esok perjalanan jauh sedang menanti. Lebih kurang 5-6 jam. Kemana..? Ke Terengganu Darul Iman. Bercuti panjang sempena Chinese New Year. Macam aku pulak yang celebrate. Hahaha.. Kata 1Malaysia. So holiday kali ini with my family. Not only my family but with my auntie's family. Dah lama juga tak holiday beramai-ramai macam ni. This year agak banyak family holiday planning but like I said it's still on planning. InsyaAllah, kalau ada rezeki maybe me & hubby akan join lagi. Ongkosnya harus ada... ;) Lagipun this year aku & hubby ada banyak perancangan yang lain-lain lagi. Nak cari rumah, beli barang-barang rumah, preparation for our baby (insyaAllah, semoga Allah murahkan rezeki aku & hubby) dan banyak lagilah. So nowdays, duit adalah perkara yang penting. No money no talk. Semua takkan jalan.

Sekarang tengah tunggu my hubby belum sampai rumah lagi. Dah lambat ni. Esok nak drive jauh lagi. Nasib aku ni pun pandai drive so boleh la gilir-gilir esok. Hopefully, perjalanan pergi dan balik kami sekeluarga selamat dan dilindungi oleh Allah. Dan semoga percutian ini berjalan dengan lancar. Amin.. :)

Dulu & Kini

090111, genap setengah tahun aku bergelar isteri kepada suami ku, 'SidSiders'. Menjalani kehidupan sebagai seorang isteri bukanlah semudah yang disangkakan walaupun aku masih belum dikurniakan cahaya mata. Sewaktu aku tulis semua ni, sudah masuk bulan Februari 2011. Masa terasa terlalu cepat berlalu. Rasa seperti baru sahaja majlis perkahwinan aku dilangsungkan. Tahu-tahu sudah setengah tahun usia perkahwinan aku.

Meniti perjalanan hidup ini sebenarnya sukar. Hanya sabar lah teman yang paling akrab setia menemani. Dan hanya kepada Allah Yang Maha Esa aku serahkan segala-galanya. Aku sangat-sangat bersyukur dengan apa yang telah tuhan anugerahkan kepada ku. Sesungguhnya kenikmatan yang aku perolehi pada hari ini adalah daripada Allah. Walaupun kadang-kala terdetik di hati kecil ini, aku inginkan yang lebih lagi. Iye, tak mustahil jika kita inginkan yang lebih lagi asalkan kita tahu mensyukuri nikmat yang kita ada pada hari ini.

Aku menjalani kehidupan seharian ku dengan seringkas yang mungkin. Kadang-kala terasa seperti sangat-sangat merindui zaman persekolahan ku. Zaman yang terlalu indah untuk ku ingatkan. Kenangan terindah itulah kenangan yang paling perit untuk ku simpan buat bekalan ingatan. Kerana waktu tidak boleh ku putarkan untuk ku nikmatinya semula. Hanya imbauan yang bermain-main di kotak fikiran. Sangat-sangat rindukan saat itu.

Dunia semakin berubah. Semakin sukar untuk difahami dan memahami. Untuk memahami diri sendiri pun sudah tidak tahu bagaimana caranya lagi apatah lagi untuk orang lain memahami diri kita. Sesungguhnya peredaran masa begitu pantas. Jikalau lah aku mampu, ingin aku terus berteleku di hadapan rumah Allah yang mulia itu. Aku terlalu rindukan saat itu juga. Saat aku menghadap rumah Allah yang suci itu. Ketenangan yang aku rasai ketika itu tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Hanya air mata yang memahami, yang menemani. Bila lah dapat kurasai saat seperti itu lagi. Semoga Allah memberikan peluang kepada ku serta murahkan lah rezeki Ya tuhan ku.