Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 1, 2011

Dulu & Kini

090111, genap setengah tahun aku bergelar isteri kepada suami ku, 'SidSiders'. Menjalani kehidupan sebagai seorang isteri bukanlah semudah yang disangkakan walaupun aku masih belum dikurniakan cahaya mata. Sewaktu aku tulis semua ni, sudah masuk bulan Februari 2011. Masa terasa terlalu cepat berlalu. Rasa seperti baru sahaja majlis perkahwinan aku dilangsungkan. Tahu-tahu sudah setengah tahun usia perkahwinan aku.

Meniti perjalanan hidup ini sebenarnya sukar. Hanya sabar lah teman yang paling akrab setia menemani. Dan hanya kepada Allah Yang Maha Esa aku serahkan segala-galanya. Aku sangat-sangat bersyukur dengan apa yang telah tuhan anugerahkan kepada ku. Sesungguhnya kenikmatan yang aku perolehi pada hari ini adalah daripada Allah. Walaupun kadang-kala terdetik di hati kecil ini, aku inginkan yang lebih lagi. Iye, tak mustahil jika kita inginkan yang lebih lagi asalkan kita tahu mensyukuri nikmat yang kita ada pada hari ini.

Aku menjalani kehidupan seharian ku dengan seringkas yang mungkin. Kadang-kala terasa seperti sangat-sangat merindui zaman persekolahan ku. Zaman yang terlalu indah untuk ku ingatkan. Kenangan terindah itulah kenangan yang paling perit untuk ku simpan buat bekalan ingatan. Kerana waktu tidak boleh ku putarkan untuk ku nikmatinya semula. Hanya imbauan yang bermain-main di kotak fikiran. Sangat-sangat rindukan saat itu.

Dunia semakin berubah. Semakin sukar untuk difahami dan memahami. Untuk memahami diri sendiri pun sudah tidak tahu bagaimana caranya lagi apatah lagi untuk orang lain memahami diri kita. Sesungguhnya peredaran masa begitu pantas. Jikalau lah aku mampu, ingin aku terus berteleku di hadapan rumah Allah yang mulia itu. Aku terlalu rindukan saat itu juga. Saat aku menghadap rumah Allah yang suci itu. Ketenangan yang aku rasai ketika itu tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Hanya air mata yang memahami, yang menemani. Bila lah dapat kurasai saat seperti itu lagi. Semoga Allah memberikan peluang kepada ku serta murahkan lah rezeki Ya tuhan ku.

No comments:

Post a Comment