Perjalanan hidup ini umpama sebuah roda yang berputar. Kadang-kala di atas dan kadang-kala di bawah. Kadang-kala laju dan kadang-kala perlahan. Namun yang pastinya ianya akan terus berputar tanpa kita tahu bila ianya akan berhenti. Udara yang menyulam ke dalam jantung ku terus memberi peluang untuk ku meneruskan langkah di atas muka bumi ini. Sesekali mata melayangkan pandangan yang begitu jauh ke sudut hati, mencari-cari isi jiwa yang kian kontang. Fikiran menyelami perasaan yang kian kusut.
Terasa seperti aku rindukan sesuatu tetapi apakah yang aku rindui itu? Terasa seperti aku menyayangi sesuatu tetapi apakah yang aku sayangi itu? Dada berombak menahan getir perit tatkala air laut menghempas batuan di tepi pantai. Desir angin yang berlalu seolah-olah sedang mentertawakan kekeliruan hati ku ini. Hanya kicau burung pendendang setia memujuk-mujuk air mata supaya jangan mengalir lagi. Secubit kenangan yang melintas di ruang fikiran, terus menyentap hati kecil ini. Bibir mengukir senyuman duka. Terlalu banyak ranjau hidup yang terpaksa ditempuhi. Duri di jalanan menjadi teman sepermainan. Suara terus membisu namun hati terus berkata-kata. Yang hanya tuhan sahaja mengetahui isi di dalamnya. Bara restu dari Yang Maha Esa amatlah ku perlukan. Lontarkanlah aku ke dalam keredhaan-Mu. Agar aku kenal akan satu kepastian.

No comments:
Post a Comment