Hari ini genap usia ku 29 tahun 8 bulan. Sama seperti post aku sebelum ini, aku selalu katakan masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Pejam celik pejam celik sudah pun tahun 2011. Sedangkan aku masih dapat rasakan waktu aku berlari-lari mengejar anak-anak ayam, menarik lembu masuk ke kandang, bermain-main di tepian parit atau sungai di kampung, memanjat pokok dan macam-macam lagi sewaktu dikampung arwah atuk aku. Semuanya masih segar dalam ingatan. Tetapi hari ini, keadaan sudah berubah. Aku berdiri dengan kedua kaki ku sendiri berjalan ke sana ke sini dalam suasana yang cukup berbeza. Ahhhh, sewaktu aku belajar mengeja ABC tidak pernah langsung kepala ini akan terfikir apa sebenarnya yang menanti ku 15 tahun akan datang..?? Tidak sekali pun aku terfikir bagaimana kehidupan ku nanti..?? Segala-galanya aku lalui dengan penuh kegembiraan di samping insan-insan yang aku cintai dan sayangi.
Sewaktu aku tinggal di kampung, tidak pernah terlintas di hati ku untuk berpindah untuk tinggal di kesesakan kota. Namun, atas ajakan dan pujukan orang tua akhirnya aku akur. Sehinggalah ke hari ini, ke saat ini aku masih lagi di sini. Kadang kala rasa rindu dengan suasana kampung menyapa hati. Tetapi untuk ku menetap di sana kembali adalah mustahil. Kerana tiada sesiapa pun di sana lagi. Yang ada hanyala sebuah rumah yang tidak berpenghuni. Aku rindu dengan rumah itu. Rumah itu terlalu banyak kenangannya pada ku. Kenangan sewaktu aku kecil-kecil dulu.
Zaman percintaan yang aku alami juga, sewaktu aku berada di kota ini. Menjalin hubungan dengan seorang insan yang kini telah bergelar suami kepada ku. Dulu aku selalu berangan-angan kalau bercinta aku suka bercinta ala-ala kampung.. Hmmm, kelakar kan.. Sebenarnya aku sukakan kesederhanaan. Percintaan ala-ala kampung ni sebenarnya seronok. Tidak bebas seperti di kota. Dibuai angin kampung yang bertiup. Bersua dan bertemu di tepi pantai atau sambil menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Didendangkan dengan kicauan burung-burung yang berterbangan. Pohon-pohon yang turut menyanyikan lagu pabila di tiup angin. Alunan ombak yang menghempas pantai. Berjalan di atas batas sawah padi. Dapat aku bayangkan sepasang insan yang sedang asyik menyulam kasih di tempat-tempat begitu. Berjumpa pun malu-malu. Pakai pakaian yang sopan macam berbaju kurung dan berselendang. Sangat-sangat manis gadis seperti itu. Temannya pula.... hmmm, tak dapat ku bayangkan siapa dia.
Kini segala-galanya tidak mungkin dapat berlaku seperti yang aku angankan. Semuanya sudah berlalu. Sudah terlalu jauh berlalu. Aku bersyukur dengan apa yang telah aku lalui dan dengan apa yang aku perolehi pada hari ini. Aku berdoa semoga hari-hari yang akan aku lalui agar bertambah baik dan diredhai oleh-Nya. Semua kenangan manis dan memori terbaik yang pernah aku miliki adalah satu perkara yang cukup pahit untuk diingati. Sedangkan kenangan pahit adalah satu perkara yang cukup baik diingati untuk dijadikan pengajaran. Untuk aku putarkan masa kembali kepada suatu ketika dahulu adalah sesuatu yang mustahil. Aku sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kepada ku pada minit-minit yang akan datang. Apakah aku akan terus menikmati pemandangan di dunia ini? Apakah aku akan terus menghirup udara di bumi ini? Segala-galanya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

No comments:
Post a Comment