Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, July 17, 2014

macam-macam hal

Hmmmm.... ari ni dah 19 Ramadhan.. sepanjang bulan puasa ni every weekend aku buat menu aku yang tersendiri. First week puasa, buat apa ek.. lupa.. kikikiki.. second week puasa aku buat ayam panggang rosemary.. berbuka ala-ala western gitew.. ada mashed potato.. ada coleslaw.. ada black pepper sauce.. hmmmmm.. pastu buat kek karamek coklat yang tak berapa nak menjadi.. al maklum lah 1st time buat.. hari sabtu 12hb julai pegi berbuka puasa dengan coya n ifan kat mid valley.. lama gilet kot tak jumpe dengan kawan ku dua orang ni. Makan kat tempat biasa je, kat Madam Kwan. Food ok la.. aku makan fish n chips..

Tahun ni raya bajet memang ciput. So memang tak dapat nak belanja parents g berbuka kat hotel as usual yang aku buat since 2 tahun lepas. Rabak juga every year nak kene blanja sekali 4 orang makan hotel. Bukan dapat diskaun pun even aku ex-staff hotel tu. Huhuhuhuhu... so this year no budget! lagipun every weekend aku dah sediakan menu yang sedap-sedap.. hahahaha..

Bercerita pasal bajet ni, ada sesetengah orang memang tak boleh nak faham dengan keadaan kita kan. Mereka anggap, kita banyak duit boleh beli itu ini untuk diaorg.. aku bukan kedekut tapi situasi kewangan aku ni kadang kala mengizinkan.. kadang kala sesak juga.. macam raya tahun ni memang aku n husband tak berbelanja sakan pun. Lepas beli baju anak je. And beberapa keperluan lain. Itu pun membeli untuk orang lain. Untuk aku and hubby langsung takde. Sebab kami fikir, lepas raya nak beli barang-barang keperluan baby. Due aku awal bulan oktober. So lepas raya memang dah kene prepare sumenya..

Ditambah lagi, next year dah nak pindah rumah.. nak kene beli barang-barang keperluan rumah lagi.. di tambah lagi, nak daftar kakak resha kat taska lepas raya ni juga. Sebab kalau lambat daftar, nanti taska penuh.. di tambah lagi, nak daftar si adik yang masih dalam perut ni kat taska juga.. perghhhhhhh.... berpinar juga mata kepala aku dok fikir pasal duit..hmmmm, memang kene settle kan satu persatu.. sebab kesemuanya penting sekarang ni.. berbelanja memang kene berjimat..

Puasa tahun ni juga memang agak menguji kesabaran aku. Nak-nak aku pulak tengah berbadan dua. Dan still berulang pegi keje Seremban -KL-Seremban hari-hari.. penatnya hanya Allah yang tahu.. seawal 4 pagi dah kene bangun. Kalau bukan bulan puasa, bangun 4.30 pagi.. so penat di bulan puasa ni memang bertambah. Even penat macam mane pun, aku gigihkan juga untuk memasak time cuti..

Cuma kadang-kadang aku pelik dengan orang yang macam tak boleh nak faham dengan situasi aku sekarang ni. Jenis manusia yang tak tahu nak menghargai dengan apa yang aku buat. Jenis manusia yang macam tak nampak langsung kebaikan yang aku dah buat. Yang dia nampak kebaikan orang-orang yang dia suka je.. dalam erti kata lain, yang dia sayang sangat2..

Macam ni la, bulan2 puasa ni pun tak elok nak cakap banyak2 sangat. Buat tambah dosa je.. pahala puasa pun kurang. cara aku senang je, kalau baik n adil cara layanan kau berikan kepada aku dan yang lain-lain, baik dan adil juga la yang ko akan dapat. Tapi kalau taik yang ko bagi, taik juga la yang akan ko dapat. Tak kira la sape pun kau.. sebab aku dah terlalu lama sangat bersabar. Sebagai orangyang lebih senior sepatutnya tunjukkan teladan yang baik kepada yang muda2 ni.. baru lah yang muda2 ni boleh ikut. Kalau yang senior dah tunjuk perangai pentingkan diri, pilih kasih, tak adil, pilih bulu so tak mustahil la yang muda akan ikut dan buat juga!!!. So tak payah nak sentap2 sangat bila terkena balik kat siri tu..