Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, August 25, 2016

25816

Bersawang blog aku ni. Untuk tahun 2016 baru satu artikel je aku post. hew hew hew... Yelah nak buat macam mana, aku ni lebih inline fesbuk ngan insta je.

Takde perkara yang menarik pun nak share. Cuma sepanjang tahun 2016 ni, hingga lah ke hari ni saat ini semuanya berjalan dengan lancar. Ada lah likunya sikit tapi masih boleh diatasi. Cewahhhh huhuhu..

Misi nak tukar kereta dah pun terlaksana bulan Mei 2016 hari tu. Opss bukan tukar kereta tapi aku n encik husband amik kete baru terus. Dari plan awal nak jual my viva la vida tu, tak jugak jual-jual sampai ke hari ini. hahahaha... Kete baru kami kete biasa-biasa je. Bak mata anak aku yang sulung tu, 'kete alja'.. 😂😂 memandangkan my viva la vida tu habis next year and balance hutang cuma RM3k+ je so aku amik keputusan tak payah lah jual. Ada dua kete senang jugak. Cuma nak kena touch-up sket kete tu nak bagi jelita.. heheheh

Apa lagi ek.. Ohhh ya. Tahun ni jugak aku dianugerahkan APC oleh department tempat koje aku. APC tu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Cemerlang ke ngko?? hahahaha of coz la.. kalau tak, takkan leh dapat pulak khennnn.. dapat lah aku sekeping sijil and wang ganjaran sebanyak RM1k. Alhamdulillah. Rezeki.. rezeki.. ko jangan jeles. nak dapat anugerah tu ko keje macam haku. hahaha

Masa aku menaip ni jugak, ibu n ayah aku sekarang berada di Tanah Suci Kota Mekah bagi menunaikan ibadah haji. Kalau dikira-kira hari ni hari ke-13 ibu n ayah berada di Arab Saudi. Alhamdulillah.. Akhirnya termakbul hajat ibu n ayah ku yang tercinta untuk menjadi tetamu Allah. Bukan senang dan bukan mudah untuk kita ni nak menjadi tetamu Allah. Kalau tak dijemput, ingat boleh sampai ke sana ke? Semua itu rezeki dan ketentuan Allah. Semoga ibu ayah dikurniakan haji yang mabrur. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan ketika menunaikan haji nanti. Sayang ibu ayah ketat-ketat...

Pendek kata tahun 2016 ni tahun misi mencapai azam. hahahaha... Nape aku cakap macam tu?? sebab most of yang aku nak dah dapat. Ada lagi yang belum dapat. Bisnes aku belum bermula pun lagi. Busy skit dengan keja opis. Lagi satu plan nak beli rumah pun hampir-hampir tercapai. InsyaAllah. Rumah yang aku nak beli dah ada. Dah jumpa pun pemaju n discuss pasal harga, lot and so on. Rumah biasa je. Rumah teres setingkat. 3 bilik, 2 bilik air. Harga RM180k. Of coz area Seremban. Harap-harap proses pembelian berjalan dengan lancar. Amin..

Tu je lah kot.. hehehehe... Selebihnya.. Oh yaaaa tahun ni jugak anak-anak aku masuk hospital. Kakak awal bulan mei hari tu. And adik pulak awal bulan ogos hari tu. hmmmm pengalaman.. pengalaman. Merasa lah aku dok hospital hehehe

Harap-harap untuk hari-hari seterusnya berjalan dengan lebih baik lagi. Dengan lebih lancar dan sejahtera. Amin ya robbala'lamin..