Alhamdulillah, masih bernafas lagi pada hari ini dan masih diberi kesihatan yang baik untuk ku jalani sisa-sisa kehidupan ini. Mungkin masih panjang atau sebaliknya. Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.
Dan syukur juga ke hadrat Illahi, aku sekarang pregnant anak ke-2 yang sudah pun masuk ke minggu 20+. Sepanjang check-up doktor cakap semuanya baik. EDD InsyaAllah awal bulan Oktober 2014. Doakan semoga segalanya dipermudahkan dan selamat semuanya ya ;)..
Resha, permata hati sulung kami. Tahun ni masuk 3 tahun. Sekejap je anak mumy dah besar. Emmmm... dan Alhamdulillah, Allah kurniakan kami permata hati yang sempurna dah sihat tubuh badannya. Lincah.. keletah.. bijak.. pandai ambil hati mumy. Cuma mumy sejak pregnant adiknya ni, suka marah-marah Resha. Kesian anak mumy.. maafkan mumy sayang. Walaupun mumy suka marah-marah Resha, jauh disudut hati mumy, mumy sayang sangat-sangat kat Resha. Mungkin mumy letih and penat skit lately. So agak stress. Tapi mumy tau, tak sepatutnya mumy marah- marah Resha sebab Resha masih kecil and tak banyak benda yang Resha faham lagi.
Apapun, mumy nak Resha tahu, yang mumy sayang Resha sangat-sangat. Resha la anugerah yang tidak ternilai yang telah Allah kurniakan buat mumy and dady. Maafkan mumy sayang... Walau apa yang muny cakap dan lakukan semuanya untuk kebaikan Resha. Bila Resha dah besar nanti Resha akan faham semuanya..
Mumy doakan kesejahteraan dan kebahagiaan anak mumy. Semoga Resha menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia dan berbudi pekerti. Diberi kesihatan yang baik dan murah rezeki.
MUMY ♥ YOU SO MUCH SAYANG.. ;)