Anak-anak lah permata hati ku. Yang menggembirakan ku ketika aku dalam kedukaan atau kesedihan. Anak-anak lah segala-galanya di dalam hidup ku. Kemana sahaja aku pergi dan apa saja yang aku lakukan, semuanya demi untuk anak-anak aku. Aku sanggup bersusah payah hingga tak cukup rehat..tak cukup tido untuk memastikan anak-anak aku dapat perhatian, kasih sayang, keselesaan dalam hidup mereka dan macam-macam lagi..
Tapi hari ni, walaupun ianya perkara yang remeh tapi cukup membuatkan aku sedih. Aku lah ibu yang mengandung dan melahirkan anak-anak aku. Macam-macam yang aku lakukan untuk anak-anak aku. Tapi hari ini, bila kakak Resha bagitau dia buang air besar dalam seluar semasa di taska..... Runtun hati aku mendengarnya. Iye.. Kakak Resha dah 5 tahun. Memang sepatutnya dia sudah pandai buang air besar di tandas tapi perlu ke penjaga nya di taska biarkan dia berak dalam seluar?? Sedangkan aku ada bekalkan pampers dan aku dah maklumkan kepada cikgu a.k.a owner tadika/taska tersebut. Ohhh ya, Resha dah masuk tadika dan petang pula taska di tempat yang sama. Sampai macam tu sekali kau layan anak aku sedangkan gaji kau, aku yang bayar. Tadika IQ Pintar Al-Waliu. Dah la korang biarkan anak aku berak dalam seluar, ko biarkan anak aku pakai seluar yang sama sampai ke petang. Aku sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam kepala otak kau. Kebodohan apa yang korang simpan dalam kepala otak korang?? Bila kat rumah, aku tengok ada najis kat seluar kakak. Macam mana lah agaknya dia pakai seluar yang sama, yang masih ada najis tu..
Resha... Maafkan mumy sebab terpaksa tinggalkan Resha di taska selepas waktu tadika. Mumy perlu bekerja untuk mencari rezeki untuk menampung kehidupan kita. Maafkan mumy sayang... Hanya doa yang mampu mumy bekalkan untuk sayang supaya sayang sentiasa di dalam peliharaan dan lindungan Yang Maha Esa. Ya Allah, Kau kembang dan majukan lah perniagaan ku supaya aku boleh berhenti kerja dan menguruskan perniagaan di samping aku sendiri yang menguruskan dan menjaga anak-anak ku 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kau makbulkan lah hajat dan permintaan ku ini Ya Allah.. Amin ya robbal a'lamin...