Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, December 11, 2016

Orang Takkan Faham

Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza-beza bukan? So far, alhamdulillah aku belum lagi diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang boleh buat aku terduduk, diuji dengan ujian yang merenggut jiwa, ujian yang orang kata maha berat.. alhamdulillah belum lagi dan minta dijauhkan. Nauzubillah minzalik. Even orang selalu kata, Allah menguji hamba yang Dia sayang.

Tipulah kalau aku kata, selama aku hidup ni takde ujian langsung. Ada. Memang ada. Cuma pada aku tak perlu lah nak ditunjukkan sangat. Maybe hingga tahap sabar dah habis limit.  Mungkin sikap aku memang macam tu atau aku telah dididik untuk bersikap macam tu. Ada masalah. Aku selesaikan sendiri. Takde duit, buat dua tiga keje untuk cari duit. Nak pedulikan dengan apa yang orang sekeliling cakap? Hello?? At least aku tak la asyik mengharapkan simpati n ehsan orang lain..

Dugaan untuk aku datang dalam bentuk yang cukup berbeza. Bukan masalah wang.. harta benda.. kasih sayang tapi dari segi pemahaman sesama manusia. Sebab manusia takkan faham apa yang kita fikir dan takkan fikir apa yang kita faham. Aku berduit, bila tak memberi jangan suka-suka label aku sombong dan kedekut. Aku tak memberi sebab aku nak kau yang sihat walafiat tu keluar pergi cari rezeki. Manusia ni bila dah dibiasakan dengan 'diberi', 'dihulur', dikesiankan for sure akan naik lemak. Aku ni manusia biasa. Bukan robot. Ada rasa penat, letih, lelah.. Keluar rumah sebelum subuh. Balik rumah matahari dah terbenam. Hujung minggu nak kene sediakan pulak makanan untuk kau dan anak-anak kau sedangkan 7 hari seminggu tu kau duduk terperuk kat rumah without do any fuc***g thing?? WTF?? Yes aku boleh sediakan if kau pun jenis boleh memahami dengan meringankan tulang kau tu tolong apa yang sepatutnya. Bukan tunggu meja dah siap terhidang, dengan senang hati kau datang bawa perut kosong melahap sesuka hati kau. Budi bahasa pulak out giler. Macam mana mak bapak kau ajar kau? Pelawa aku makan yang dah masakkan untuk kau tu, memang jauh sekali lah. Ke kau memang spesis tak tahu malu?? Makan makanan yang aku beli, yang aku masak dengan takde budi bahasa. Pastu dengan high expectation kau, kau nak aku berbudi bahasa dengan kau dulu? Eh!! Silap orang lah kalau dengan aku.

Aku tak kisah pun kalau kau kasihkan sangat dengan dia sampai sanggup aniaya aku. Just let it be. Tapi ingat, esok, lusa, tulat insyaAllah masih ada lagi. Susah sangatkan nak faham keadaan aku. So jangan expect aku akan faham keadaan kau. Senangkan..

Well, its ok. Allah ada untuk semua ini. Aku buat macam ni bukan sebab aku sombong dengan apa yang aku ada. Kedekut dengan apa yang aku ada. Tapi niat aku nak ajar kau supaya hidup dalam dunia ni, bertimbang rasa lah sikit sesama kita. Baru orang boleh bertimbang rasa dengan kau. Bertanggung jawab lah sikit untuk diri sendiri kalau tak boleh nak bertanggung jawab untuk orang lain. Aku ni pun ada perasaan. Kalau kau jenis ringan tulang nak membantu, aku pun ringan tulang lah nak membantu kau. Tapi kalau kau asyik nak kene suapkan je, sila meninggal. ✌🏻️✌🏻️