Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, March 19, 2011

Mual, Loya, Muntah

Esok genap 7 minggu kandungan ku ini. Minggu depan dah masuk dua bulan. Alhamdulillah.. Aku harap semuanya akan selamat dan berjalan dengan lancar hendaknya. Semoga Allah lindungi dan pelihara kandungan ku ini.

Memang benar kata orang, waktu awal-awal mengandung, kita akan alami alahan. Termasuk lah aku. Memang tak tahan betul rasanya. Tapi demi anak dalam kandungan ku ini, aku kuatkan semangat. Bab makan, memang takde selera langsung. Asal masuk je makanan ke dalam perut ni, tak sampai setengah jam keluar la balik (muntah). Tekak memang loya dan mual semacam. Lidah rasa tak best. Makanan yang aku rasakan sedap tapi bila jamah, langsung takde selera. Nak makan benda masam-masam itu memang jadi kemestian. Buah mangga, limau, asam-asam jadi peneman mulut. Asal rasa loya je, cepat-cepat la telan makanan masam-masam ni. Kalau tak, alamatnya keluar la semua makanan. Tapi demi anak ku ini, aku paksakan juga diri ini untuk makan. Walau tak banyak, aku makan sedikit tetapi kerap. Cereal, roti, biskut dan buah-buah memang sentiasa ada. Sebab selera untuk makan nasi berlauk memang kurang.

Nasib baik suami memahami keadaan aku sekarang ini. Dia banyak membantu aku buat kerja-kerja rumah dan kadang-kadang memasak. Kesian juga tengok dia sebab balik dari kerja je dah kena buat itu ini. Tapi nak buat macam mana, aku pun bekerja. asal balik dari kerja je badan memang lembik. Asyik nak baring dan tidur je. Mata tak payah cakap la, asyik nak lelap je. Terima kasih ye Encik Suami.. ;)

Trimester 1 akan berlalu beberapa bulan je lagi. Harap-harap semuanya akan okey hingga tiba saat aku lahirkan anak ku ini. Aku berdoa sepanjang masa agar anak ku ini sihat dan sempurna. Amin..

Sunday, March 13, 2011

Antara Doa Ketika Mengandung

"Ya Allah, peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar Mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk.

Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat).

Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik, berakal, berilmu serta beramal soleh.

Ya Allah, elokkan akhlak, fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W."


Amin..

Anugerah Allah


Dapat berita ni seminggu yang lalu. Tapi baru hari ini nak post. Hehehe.. Berita apa?? Ianya berita baik dan aku sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini buat aku dan suami. Sesungguhnya ini la saat-saat yang kami tunggu. Pada mulanya hari Jumaat 4hb Mac 2011, aku test sendiri dulu. Macam biasa buat UPT dan aku tengok keputusannya positif. Masa tu aku antara percaya dan tidak. Pejam buka, pejam buka mata banyak kali.. Akhirnya aku senyum sendiri dan ungkapan Alhamdulillah meluncur dari bibir ku. Terus sahaja aku sampaikan berita ini kepada suami. Dia pun gembira dengan pengkhabaran ini.

Keesokkan harinya, untuk memastikan lagi keputusan ini aku dan suami ke klinik. Sama juga step nya, buat UPT dan doktor kata positif. Sudah 5 minggu. Alhamdulillah... sudah 5 minggu anak ini ada di dalam kandungan ku.

Minggu lepas aku sudah mula pergi check up dan buka buku untuk ibu mengandung. Aku tak mengalami alahan yang teruk. Rasa loya dan mual tu ada tapi semuanya masih boleh dikawal lagi. Cuma aku alami sakit perut yang kadang-kadang datang dan hilang. Untuk menghilangkan kerisauan aku ke Hospital Pusrawi dan berjumpa dengan doktor pakar. Sewaktu check up, doktor scan perut aku. Ahhhh, sudah kelihatan kantung anak ku di dalam rahim ku ini. Doktor nyatakan perkara yang sama, sudah 5 minggu 4 hari. Sungguh indah ciptaan Allah. Dan doktor kata, semuanya baik-baik belaka, tiada apa yang perlu dirisaukan. Alhamdullilah, semoga Allah melindungi anak di dalam kandungan ku ini sehingga tiba saat aku melahirkannya.

Hari ini genap 6 minggu. Untuk check up yang seterusnya pada 4hb April 2011. Tunggu perkembangan baby ku ini ye. Aku akan story semuanya di sini. Aku berdoa kepada Allah, semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Amin..