Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, March 13, 2011

Anugerah Allah


Dapat berita ni seminggu yang lalu. Tapi baru hari ini nak post. Hehehe.. Berita apa?? Ianya berita baik dan aku sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini buat aku dan suami. Sesungguhnya ini la saat-saat yang kami tunggu. Pada mulanya hari Jumaat 4hb Mac 2011, aku test sendiri dulu. Macam biasa buat UPT dan aku tengok keputusannya positif. Masa tu aku antara percaya dan tidak. Pejam buka, pejam buka mata banyak kali.. Akhirnya aku senyum sendiri dan ungkapan Alhamdulillah meluncur dari bibir ku. Terus sahaja aku sampaikan berita ini kepada suami. Dia pun gembira dengan pengkhabaran ini.

Keesokkan harinya, untuk memastikan lagi keputusan ini aku dan suami ke klinik. Sama juga step nya, buat UPT dan doktor kata positif. Sudah 5 minggu. Alhamdulillah... sudah 5 minggu anak ini ada di dalam kandungan ku.

Minggu lepas aku sudah mula pergi check up dan buka buku untuk ibu mengandung. Aku tak mengalami alahan yang teruk. Rasa loya dan mual tu ada tapi semuanya masih boleh dikawal lagi. Cuma aku alami sakit perut yang kadang-kadang datang dan hilang. Untuk menghilangkan kerisauan aku ke Hospital Pusrawi dan berjumpa dengan doktor pakar. Sewaktu check up, doktor scan perut aku. Ahhhh, sudah kelihatan kantung anak ku di dalam rahim ku ini. Doktor nyatakan perkara yang sama, sudah 5 minggu 4 hari. Sungguh indah ciptaan Allah. Dan doktor kata, semuanya baik-baik belaka, tiada apa yang perlu dirisaukan. Alhamdullilah, semoga Allah melindungi anak di dalam kandungan ku ini sehingga tiba saat aku melahirkannya.

Hari ini genap 6 minggu. Untuk check up yang seterusnya pada 4hb April 2011. Tunggu perkembangan baby ku ini ye. Aku akan story semuanya di sini. Aku berdoa kepada Allah, semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Amin..

No comments:

Post a Comment