Semalam, Sabtu 21.6.2014.. appointment di Klinik Madiha. Monthly check-up. BP ok.. berat naik 3kg..huhuhu.. urine pun ok.. alhamdulillah. Cuma yang agak merungsingkan aku, masa doktor scan doktor cakap uri ke bawah.. hmmmm.. and doktor cakap lagi, sekarang baru 24 minggu lebih. Masih ada masa lagi untuk uri naik ke atas. Untuk next month punya check-up kene tengok lagi samada uri di kedudukan yang sepatutnya atau pun tidak. Kalau still sama, doktor akan buat surat and kene refer dengan doktor pakar. And kene tunggu apa doktor pakar akan buat. Samada kene bed rest di hospital atau tak perlu..
Emmm.. aku tanya doktor, uri terlalu ke bawah sangat ke. Doktor cakal tak. 50-50.. uri betul-betul ada di bahagian tengah-tengah rahim. Doktor nasihatkan jangan angkat barang-barang berat dan buat keje-keje berat. Tapi macam mana pulak kalau banyak berjalan? Doktor cakap banyak berjalan takpe. Cuma jangan buat keje berat. Aku ni pegi keje memang kene banyak berjalan. Dari lrt nak ke ofis amik masa 15-20 minit. Macam mana..?? Doktor cakap baby aku semua ok, sihat.. alhamdulillah. Cuma uri je..
Risau..risau.. aku pun apa lagi google la segala petua untuk naikka uri.. salah satunya ketika sujud dalam solat, sujud lama-lama. Sambil tu berdoa kepada Allah agar uri kembali ke atas semula. Petua ini je yang aku praktikkan sekarang ni.
Hopefully, check-up next month uri dah naik ke atas semula. Harap-harap semuanya akan ok dan baik-baik sahaja. Semoga aku dan baby sentiasa di dalam lindungan dan peliharaaan-Nya.. amin..
No comments:
Post a Comment