Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, June 16, 2014

Segalanya Tentang Cinta

CINTA DAN KASIH SAYANG..
Satu perasaan yang unik.. yang pasti ada didalam jiwa seorang insan. Sebenarnya bukan nak cerita apa pun... just nak share rasa kasih n sayang aku kepada permata hati ku yang sorang tu.. ;)

Walaupun banyak ragamnya, namun keletahnya memang mampu buat aku senyum sendiri tatkala teringatkan si dia. Jauh dari dia, maka rindu bertandang di hati.. even time pegi keje. Selalu terfikir apa si jantung hati mumy tengah buat sekarang ni. Makan ke? Tengah tido ke? Tengah main-main ke? Hanya doa menjadi pemerhati dari jauh. Semoga si jantung hati mumy sentiasa di dalam lindungan-Nya.

Balik-balik keje je, dia dah tunggu mumy depan pintu sambil jerit-jerit, "mumy..mumy..!" Betul lah kata orang, walau penat macam mana kita kat ofis, balik rumah disambut dengan jeritan dan tawa anak, hilang segala penat dan lelah.. lihat senyumannya dah cukup buat aku rasa damai dan tenang. Walaupun belum sempat duduk.. belum sempat lepaskan kepenatan tapi aku tetap gembira melayan karenahnya..

Resha.. mumy nak resha tau, mumy akan sanggup buat apa sahaja untuk kamu. Walau terpaksa bersusah payah seperti sekarang ni. Kurang rehat, kurang tido, mumy tak pedulikan semua tu asalkan kamu membesar dengan baik dan sihat di depan mata mumy.. mumy nak kamu dan bakal adik kamu membesar di depan mata mumy. Susah senang mumy nak kita sentiasa bersama..

Tak lama lagi kita akan pindah ke KL. Resha, mumy akan hantar ke taska di ofis mumy. Dan adik pulak di taska lain. Semoga Allah SWT melindungi keluarga kita. Semoga rancangan mumy dan dady akan berjalan dengan lancar dan sentiasa di dalam peliharaan-Nya.. Semoga Resha sentiasa menjadi anak yang taat dengan perintah Allah dan taat kepada mumy dan dady.

Mumy sayang sangat-sangat kat Resha.. ;)

No comments:

Post a Comment