Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, August 4, 2014

raya.. raya.. raya..!!!

Tekak perit.. mata mengantuk.. hari ni dah start keje after 9 days cuti hari raya aidilfitri. Kemalasan yang maha malas sangat-sangat wooooooo... huhuhuhu.. nak buat macam mana, tugas kene dijalankan juga. Rasa longlai and lemah.. hahahah.. jangan dilayankan sangat kemalasan ni.. kalau dilayan memang jadi penyakit

Anyway, sambutan raya tahun ni simple je. Beraya di rumah mertua. Turn mertua tahun ni.. aku, hubby and our pwincess tu sambut raya sederhana je.. baju raya baju 2 tahun lepas.. hahahahaha.. tapi untuk pwincess kami beli baju kurung baru.. of coz hokay. Sebabnya aku dah beli kain awal tahun before tahu aku pregnant. Disebabkan beli kain lace yang hagak mahal tu, aku sayang nak buat maternity dress. So aku decide kain tu guna je untuk raya tahun dopan.. hihihihi.. ok la tu kan.. sayang wooooo..

First and second day raya di rumah mertua.. petang second day raya baru balik kuala pilah.. kampung omak den. Biasa la, balik dah lambat sedara mara sebelah sana pun dah banyak yang balik ke umah mertua masing-masing. Dapat jumpa kejap je.. tak dapat nak bergosssssssip. Opsssss.. hihihihi.. so beraya la kami di Kampung pilah sampai raya ke 4. Pastu balik seremban.. and pastu back to normal life.. pastu banyak la keje nak kene buat.. mana nak kemas umah.. mana nak cuci kain.. mana nak lipat kain.. hmmmmpphh..

And hari ni 4hb ogos, badan ni dah ada kat opis. Jiwa aku kat umah lagi... hahahaha..

Apa-apa pun rasanya masih belom terlambat tntuk aku sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. InsyaAllah berjumpa lagi syawal tahun depan.. berempat pulak keluarga aku nanti.. huhuhuhu.. awal oktober ni insyaAllah aku akan bersalin anak ke-2 pulak.. doaka  semoga semuanya dipermudahkan dan selamat.. aminnnnnnnnn ;)

No comments:

Post a Comment