Aku masih lagi bersedih.. dengan kisah MH17. Kepulangan jenazah-jenazah 22 Ogos 2014 kelmarin cukup meruntun hati. Walaupun tiada kenalan, sahabat mahupun saudara tapi pilunya tetap dirasai. Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa.
Blog bukan lah sebuah diari untuk ku luahkan segala isi hati. Tapi aku ni manusia biasa yang perlukan tempat untuk ku bercerita, untuk ke luahkan segala yang terbuku dalam hati ini. Aku takkan tulis secara terang-terangan. Cukup la sekadar biasan je.
Aku pernah beritahu teman karib ku, hidup aku jadi macam ni mungkin sebab dah bahagian atau takdir yang sepatutnya aku dapat. Sedikit demi sedikit aku mula faham kenapa semua ni terjadi. Kesimpulannya telah aku dapat. Cuma penerimaan untuk meredhakan semua ketentuan Allah ini aku masih lemah untuk menerimanya. Aku perlukan masa dan kekuatan serta semangat. Kepercayaan ada hikmah disebalik semua ini, aku perlu tanam dalam jiwa ini. Hanya itu lah kekuatan untukku. Hikmah...
Sesiapa yang tak berada di tempat aku memang takkan faham apa yang aku rasa. Memendam rasa dalam hati ni dalam satu masa yang cukup lama.. bukan 3 minggu.. bukan 3 bulan.. mahupun 3 tahun tapi hampir 33 tahun... Allah, hebatnya ujian dan dugaan Mu untuk hamba Mu yang hina ini...
Tak siapa yang tahu air mata yang mengalir.. hati yang meruntun pilu.. sebak dalam dada semuanya hanya Allah yang tahu.. Walaupun kadang-kadang aku bersikap kurang ajar, dingin, tapi itu semua kerana aku sudah tak tertahan lagi. Hina sangat ke aku sampai begini layanan kau terhadap aku. Seolah-olah aku ini tidak pernah langsung berjasa dan berbakti dalam hidup kau..
Allah.. Kau ampunkan lah segala dosa-dosa ku Ya Allah.. sesungguhnya aku ini hanya lah hamba Mu yang lemah lagi hina Ya Allah.. aku amat memerlukan kekuatan untuk kuhadapi semua ini. Kasihani lah hamba Mu ini Ya Allah.. Kasihani lah aku.. Berikan lah aku petunjuk Mu.. Berikan lah aku petunjuk Mu.. aku tau semua yang terjadi ini telah Kau tetapkan.. namun berikan lah aku sedikit kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Aku maafkan insan yang telah menganiya aku ini Ya Allah. Kau berikan lah dia petunjuk Mu.. petunjuk yang terbaik dari Mu..
No comments:
Post a Comment